Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah semua,

Rasanyer masih belum terlambat untuk mengucapkan salam maal hijrah. Alhamdullilah, Allah masih memberi kita peluang untuk menikmati kehidupan dan memberi nyawa untuk kita menjalani aktiviti harian. Itulah nikmat yang perlu kita hargai. Kita hidup di dunia ini hanya sekali, seharusnya peluang yang Allah berikan kita gunakan sebaiknyer. Insha-Allah.

Selamat datang ke rumah baru saya. Tentu anda berkata ‘pindah lagi’. Ah iya. Sebagai manusia apa salahnyer kita melakukan perubahan. Tidak banyak sikit. Sikit sudah memadai jikalau itu mencakupi kemampuan kita. Sayapun kurang pasti kenapa saya berpindah lagi. Mungkin kerna ‘rumah’ baru ini begitu selesa buat saya. Dinding yang berwarna putih. Atau juga mungkin kerna logonya yang seperti Volkswagen. Oh tidak mungkin!. Tetapi itulah saya memerlukan anjakan dan pembaharuan. Harap kawan-kawan jugak begitu. Berubah untuk menjadi insan yang lebih baik. Insha-Allah.

Dari sehari ke sehari saya akan mengemaskini ‘rumah’ saya menjadi yang terbaik. Iyalah kalau rumah kena ada dapur bilik tidur, bilik mandi dan ruang rehat. Jadi ia memerlukan sedikit masa untuk menjadi rumah lebih menarik. Akhiran, selamat datang ke rumah baru saya, moga berjumpa kalian lagi!

Advertisements