Ramadhan Seorang Wanita

Istimewanya Ramadhan seorang wanita, dalam hidupnya akan ada beberapa fasa yang berbeza dan setiap darinya unik dan istimewa. Bagi diri saya sendiri yang telah melepasi beberapa fasa dalam hidup, ingin saya berkongsi bagaimana seorang wanita boleh memanfaatkan setiap fasa hidupnya, meskipun berbeza-beza cabarannya.

Fasa Bujang

Masa bujang ini boleh dikatakan ‘era’ paling rancak dan aktif bagi seorang wanita. Bermula sebelum Ramadhan, dia boleh merancang bersama ahli rumahnya untuk menjemput sahabat handai iftar di rumah, juga dalam menyediakan juadah-juadah yang enak berbagai warna dan jenis. Rumah pula boleh dihiasi dengan poster-poster Ramadhan dan hiasan-hiasan indah sempena menyambut bulan yang mulia.

 

Sekali sekala, dia bertarawih dengan ahli-ahli rumah, kemudiannya dapat berkongsi sedikit tazkirah, bertadarus atau sekadar memberi semangat sesama sendiri untuk berlumba-lumba menambah pahala. Tarawih di masjid, sudah pasti! Kalau boleh setiap malam nak pergi, dan kalau larat nak buat sampai 20 rakaat. Pulang ke rumah makan moreh pula. Masa yang agak kurang menarik adalah masa ‘cuti’, sebab orang lain semua puasa, terpaksa makan curi-curi, atau cari ‘geng’ untuk makan dalam bilik. Tapi pada masa yang sama, dia boleh merasa masakan, bertuahlah ahli rumah dia sebab lauk hari tu tak tawar seperti kebiasaannya. Yang pasti, terlalu banyak peluang menambah pahala dan membuat amalan kebaikan.

 

Sabda Rasulullah SAW,

“ Siapa yang melaksanakan kewajiban, seperti melaksanakan 70 kewajiban di bulan lain”(HR Al-Uqaili, Ibnu Huzaimah, Al-Baihaqi, Al-Khatib dan Al-Asbahani)

 

Fasa Berkahwin

Masa berkahwin pula tak jauh bezanya, Cuma kini dia perlu merancang aktiviti Ramadhan bersama suaminya. Ramadhan pertama semestinya ingin berbuka puasa bersama suami dengan juadah yang istimewa. Sekali-sekala ada jemputan iftar daripada sahabat-sahabat, tapi kalau tidak mesti berbuka di rumah. Kalau dulu, boleh bergilir memasak, tapi kini perlulah merancang nak masak apa setiap hari. Bazaar Ramadhan pula takde di ‘overseas’ ni, kenalah belajar buat kuih-muih Melayu idaman suaminya. Sahur pula, kejutkan suami untuk bersahur bersama, kemudian dapat qiyamullail bersama dikesempatan itu. Bila subuh, boleh ikut suami ke masjid untuk solat berjemaah. Di fasa ini, mungkin dah kurang peluang merasai berpuasa dan beribadah dengan sahabat-sahabat, tapi amalan seorang isteri itu, berkali ganda ganjarannya jika diniatkan ikhlas kerana Allah.

 

Fasa Mengandung

Bila sudah mengandung, seorang wanita pastinya gembira tidak terkira. Namun begitu, di fasa ini tiba masa yang sedikit mencabar dalam hidup seorang wanita. Membawa seorang anak yang membesar di dalam uterusnya bukanlah suatu yang mudah. Di peringkat awal, muntah-muntah, loya dan kepenatan yang teramat menjadikan dia sering lesu dan tidak bermaya. Selera makan juga tidak menentu.

 

Bila tiba bulan yg mulia, hatinya teringin berpuasa seperti sahabat-sahabatnya, namun tidak tahu adakah dia mampu dalam keadaannya yang tidak seperti dahulu. Apabila tiba peringkat terakhir kandungan pula, perut sudah memboyot, kaki membengkak dan sakit belakang kerana membawa bayi yang sudah besar.  Tatkala orang lain dapat mengerjakan solat tarawih hingga 20 rakaat, dia hanya mampu melaksanakan 8 rakaat, itupun terpaksa solat duduk dan termengah-mengah. Ada masanya dia hanya solat tarawih bersendirian di rumah oleh kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

 

Oleh kerana itulah, Islam sudah ada menggariskan bahawa wanita hamil dan menyusu dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantinya di kemudian hari.

 

Dalam satu riwayat dari Anas bin Malik al-Ka’bi, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa.”(HR at-Tirmidzi , an-Nasa’i , Abu Dawud, Ibnu Majah. Sanadnya hasan sebagaimana pernyataan at-Tirmidzi)

 

Indahnya Islam, Allah yang maha Esa dan Maha Mengetahui keadaan seorang ibu di saat dia mengandung dan menyusui anak sudah siap menetapkan hukum syariat bagi mereka dalam hal ini.

 

Fasa Bergelar Ibu


Bila sudah dikurniakan anak, lain pula ceritanya. Di waktu bayi masih kecil, dia perlu menyusui  anak. Keperluan nutrisi dan air yang diperlukan oleh badannya meningkat. Dalam membesarkan seorang anak kecil melalui penyusuan, tenaga yang dikeluarkan oleh ibunya lebih tinggi dari  biasa menyebabkan si ibu lebih mudah keletihan dan mengalami dehidrasi. Oleh kerana itulah, Islam memberikan rukhsah bagi ibu-ibu yang menyusu untuk tidak berpuasa seperti dalam hadith di atas.

 

Di saat orang lain dapat menjalani ibadah berpuasa, dia terpaksa meninggalkan puasa. Sudah berkali-kali dicuba berpuasa, tetapi si bayi kecil menangis kelaparan sepanjang hari. Maka doktor menasihatkannya untuk tidak berpuasa. Pengalaman ini mungkin berbeza bagi setiap wanita, ada yang mampu berpuasa penuh, ada yang berpuasa selang sehari, dan ada juga yang tidak mampu berpuasa langsung. Tapi yang pasti Islam sudah memberi keringanan bagi mereka.

 

Semasa tarawih di masjid pula, susah untuk dia khusyuk oleh kerana bayi yang seringkali menangis semasa solat berlangsung. Bagi yang mempunyai anak kecil pula, hati tidak tenang kerana melihat anak yang berlari ke sana ke mari, takut mengganggu jemaah pula.

 

Begitulah cabaran seorang ibu dalam melaksanakan ibadah. Namun begitu, tidak bermakna pahala mereka berkurang dengan adanya kesukaran-kesukaran ini. Dengan menjaga dan membesarkan anak itu sendiri dengan penuh kasih sayang, pastinya banyak pahala dan kebaikan yg dikurniakan Allah buatnya disebabkan kesabaran dan mujahadah si ibu. Waktu rehat, makan  minum dan tidur malamnya tidak menentu, kerana itulah tugas seorang ibu, kasih sayangnya tidak terbatas. Begitu juga apabila dia memasak dan melayani suaminya, di situ juga adanya ganjaran yang berganda-ganda diperolehnya jika dilakukan ikhlas kerana Allah.

 

Terdapat satu hadis yang menjamin pahala untuk para isteri, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redhanya suami kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

 

Peluang-peluang ini tidak diperoleh bagi mereka yang belum berkahwin ataupun bergelar ibu, maka sudah pastilah Ramadhannya begitu istimewa meskipun berbeza!

 

Fasa-fasa seterusnya…

Meskipun saya belum lagi melalui fasa-fasa yang seterusnya, pastinya hari-hari kemudiannya tetap istimewa bagi seorang wanita. Dalam mendidik anak-anak yang pelbagai ragam, melayani suami dengan pelbagai permintaannya, penglibatan dalam aktiviti masyarakat dan pada masa yang sama ada juga yang bekerja dan tidak lari daripada kepenatan dan ‘stress’ di tempat kerja. Sekilas pandang, hidup seorang wanita ini begitu mencabar, namun disitulah peluangnya untuk bermujahadah dan merebut pahala yang berganda-ganda, dengan satu syarat, iaitu dengan memastikan niatnya sentiasa ikhlas kerana Allah SWT.

 

Oleh itu, jangan bersedih wahai saudara-saudara wanitaku, rebutlah peluang untuk beramal, walau di fasa mana sekalipun. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya, inshaAllah!

Marlina Ab Rahman @ Ummu Aseeyah
Ketua Biro Wanita
ISMA Australia (Victoria)
Doktor Pelatih di Frankston Hospital

Credit to ISMAVICTORIA

Please uncle!

I asked Nuha to watch this video with me. After a while, she was laughed and saying..please uncle..please uncle…I am wondering what was she thought when watching this video. Perhaps because of the way this ‘uncle’ presenting his talks which was so funny but yet full with messages! 🙂

Yes, have yourself watch this video..I,personally love the way this ‘uncle’ talks about on how we women should dress of. The way our Prophet advises us to follow. Alright, lets watch it!

Dress for Success, Muslim Style!

Pork and its harmful effects on health

He has only forbidden you carrion, blood and pork and what has been consecrated to other than Allah. But anyone who is forced to eat it-without desiring it or going to excess in it-commits no crime. Allah is Ever-Forgiving, Most Merciful “. (Qur’an, 2:173)

 

Eating pork is harmful to health in a great many regards. This harm still persists today, despite all the precautions that are taken. First and foremost, no matter how clean the farms and environments on which it is raised may be, the pig is not by nature a clean-living animal. It often plays in, and even eats, its own excrement. Due to this and its biological structure, the pig produces much higher levels of antibodies in its body than other animals. In addition, far higher levels of growth hormone are produced in the pig compared to those in other animals and human beings. Naturally, these high levels of antibodies and growth hormone pass across to and collect in the pig’s muscle tissue. Pork meat also contains high levels of cholesterol and lipids. It has been scientifically proven that these significant amounts of antibodies, hormones, cholesterol and lipids in pork represent a serious threat to human health.

The existence of above-average numbers of obese individuals in the populations of countries such as the USA and Germany, in which large quantities of pork are consumed, is now well-known. When exposed to excessive quantities of growth hormone as a result of a pork-based diet, the human body first puts on excessive weight and then suffers physical deformations.

Another harmful substance in pork is the “trichina” worm. This is frequently found in pork and when it enters the human body, it settles directly in the muscles of the heart and represents a possibly fatal threat. Even though it is now technically possible to identify pigs that are infected with trichina, no such methods were known in earlier centuries. That means that everyone who ate pork risked infection by trichina and possible death.
All these reasons are just a part of the wisdom in our Lord’s prohibition on the consumption of pork. Moreover, this commandment of our Lord’s provides complete protection from the harmful effects of pork under any conditions.

Until the 20th century, it was impossible to be aware of the danger posed to human health by pork. The fact that the Qur’an, revealed fourteen centuries ago, warns against this harm which has been incontrovertibly revealed with modern medical equipment and biological tests, is one of the miracles demonstrating that the Qur’an is the revelation of Allah, the Omniscient. Despite all the precautionary measures and inspections that take place in modern-day pig rearing, the fact that pork is physiologically incompatible with the human body and is a variety of meat harmful to human health has not altered.

copied from http://sharingknowledgeofislam.blogspot.com/

Prevail the truth

Assalamualaikum friends,

I guess it’s has been a long time for me to share something about religious. I meant to have this category in the intention to share with all friends about religiuos regardless of any topics. Whichever or whatever information that beneficial for us in relating to religious especially our religion ISLAM, it is at our best should share it.

This morning, I received an email from a friend at here. He forwarded a link about “the truth about Muhammad in Bib*le and Heb’rew”. I found it is good for us to see and to understand the really situation about other religions thought about us, I mean on our Prophet Muhammad s.a.w. After you watched it, please forward it to our friends may they know about our Prophet and let them open their heart and love our Prophet at utmost.

http://www.archive.org/details/The_Absolute_Truth_About_Muhammad_in_the_Bible_With_Arabic_Subtitles

Facts about azan

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, today again Allah gives us opportunity to let us breathing and lives to undertake our daily duty. As today is Friday, it is good for us to multiplication our Ibadah to Allah s.w.t (InshaAllah). I got something to share and indeed it is something good to be shared.

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!