My Own Birth Experience – second child

Tadi menjengah sekejap blog Puteri….bila baca one entry tentang dia yang nak delivery terus teringat request dari Puteri yang minta saya sharing tetang experience saya melahirkan anak kedua. Dah lama nak shar tapi masa tak mengizinkan..kalau takpun terlupa. Harap2 ketika ini Puteri belum lagi ke bilik bersalin..so bolehlah baca sedikit tips ini…mudah-mudahan ianya membantu.

Siapa kata beranak tak sakit. Tipulah tak sakitkan. berapa kali melahirkan baby tetap sakit. Terutamanya ketika Contractions. MasyaAllah, tuhan jer yang tahu sakitnya. Namun, ada antara kita yang Allah permudahkan kelahiran anak. sakit hanya beberapa ketika, terus melahirkan anak.

Alhamdullilah, diizinkan Allah saya melahirkan Kafeel sangat mudah. Sangat mudah berbanding kelahiran Nuha dulu. Lagipun waktu mengandung Nuha dulu saya mengalami darah tinggi yang teruk. Jadinyer kelahiran nuha agak sedikit complicated berbanding Kafeel.

Ini beberapa tips yang saya nak share dengan kawan-kawan yang tengah mengandung dan nak bersalin.

1. Setiap kali solat, sujud terakhir minta kepada Allah dipermudahkan bersalin..terutama ketika solat Subuh. Solat subuh adalah antara solat yang mana Allah mudah perkenankan doa hambanya. Jangan lupa yang ini.

2. Minta doa dengan suami minta kita dipermudahkan bersalin. Saya selalu ingatkan suami saya untuk berdoa supaya saya senang bersalin. Kebetulan kami selalu sembahyang bersama. Jadi selepas solat, saya minta dia doakan saya. Kalau tak saya ingatkan dia. saya selalu kata kat dia “Doakan ayang beranak senang”..dan dia mesti jawab “kalini ayang bersalin tak sampai 2 jam baby keluar”…alhamdullilah jadi kenyataan.

3. Minta doa dari kedua-dua Ibu -ibu dan ibu mertua…doa mereka sangat mustajab.

4. Banyakkan baca doa Kursi..ayat sebegini memberi kita kekuatan dan semangat untuk ‘berjuang’..terutama nak bersalin.

5. Banyakkan berjalan. Setiap hari kalau ada kelapangan saya mesti berjalan selama 2 -3 jam. Sebab saya uji sendiri betulker banyak berjalan ini mudah bersalin. Jawapannya: IYA..insyaAllah mudah bersalin. Jadi banyakkanlah berjalan. Supaya badan jadi ringan.

6. Jangan makan banyak. Eat for one not for two. Dulu time Nuha, makan tak ingat. Sebab takut kalau tak cukup makan anak jadi tak sihat. No..that’s wrong. Makan kena beringat dan kena makan makanan yang berkhasiat. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi berkhasiat.

7. Jangan stress…dulu waktu Nuha saya sangat stress..stress dengan keja and so on. Waktu mengandung Kafeel saya banyak senyum….Skang ni Kafeel pulak yang banyak senyum 🙂

8. Last but not least..ingat Allah banyak-banyak.

Alright itu antara tips yang saya nak kongsi.

So bercerita tentang birth experience untuk second baby….

Saya dah rasa mild contractions beberapa minggu sebelum deliver. So, saya dah get ready my mind yang anytime saya akan bersalin. Dulu waktu bersalin Nuha, two weeks before the due date…the second one pun sama. Jadi kebarangkalian untuk deliver pada jangkamasa yang sama untuk kelahiran yang seterusnya adalah tinggi. Pada hari yang saya sakit nak bersalin, saya kat umah ditemani oleh akak rohaiza. One akak yang ada kat sini sbg PhD gak. Kat sini selagi tak betul2 sakit, selagi itu tak dibenarkan pegi hospital. So I was having the pain when I was at home. Watching TV and chitchating dengan akak Rohaiza. Rasa sakit tu memang tak terasa sangat. Bila sakit dah semakin teruk baru call hospital. Then hospital soh datang. Sakit time memang every 30 seconds gitu. Haritu pulak hubby pegi keje. Call dia soh balik sebab memang dah tak tahan dah..dan memang sakit sangat-sangat. Tapi sakit tu masih tertanggung. Perhi hospital pukul 3.30ptg. sampai kat Hosp. pukul 3.45ptg. Waktu tu tak heavy traffic…kenderaan kurang. Jadi perjalanan ke Hosp. sangat smooth. Tapi Kat Msia, I dont think kita boleh buat macam tu..tak pasal2 terberanak. dengan tiga kali contractions yang kuat, akhirnya Kafeel selamat lahir kat dunia pada 4.45ptg. Alhamdullilah, Allah permudahkan kelahiran Kafeel.

Advertisements

Penyusuan Badan

Salam,

Pening kepala nak bagi tajuk apa entryni..fikir punya fikir..better letak tajuk ni… 🙂 Lately, memang asyik memerah otak untuk menyiapkan saki-baki kerja..insyaAllah. Tadi jumpa Dr. untuk check-up for 32 weeks. Alhamdullilah, semua ok and one more thing yang Dr. mentioned that the size of the baby is bigger compared to Nuha dulu. Jadi, everything seems ok…

Yeap, ni dah masuk tahun baru. Mesti dah banyak resolusi yang nak dicapai tahunni. Tahun lepas punya resolusi kalau tak dapat nak capai jangan give-up..insyaAllah, tahunni mudah-mudahan tercapai. Kena kerja kuat and semangat kena tinggi.

Tahunni resolusi saya yang utama adalah submit my thesis before I go back for good..insyaAllah. Selain itu, resolusi saya adalah nak bagi susu badan kat baby karang..insyaAllah. Dulu, time Nuha, saya sempat breastfeed for only 3 months. Sedih jugak. Mudah-mudahan kali ini lebih lama. Niat kena betul, kalau betul insyaAllah Allah akan permudahkan. Lagipun, Allah suruh kita menyusukan anak selama 2 tahun. Mesti ada sebab-musabab kan..

So dah survey…

InsyaAllah, beli yang ini….

 

AMEDA PURELY YOURS BREAST PUMP

 

 

Pedih hulu hati

Selama ini saya menyangkakan yang saya berasa lapar apabila sakit dibahagian hulu hati. Sejak mengandung Nuha lagi saya berfikir sebegitu. Walaupun kadang-kala saya makan ketika berasa ‘lapar’ namun tetap saya berasa sakit dibahagian hulu hati. Setiap kali saya fikir saya ‘lapar’ saya makan…sebegitulah sudahnya.

Entah macam mana, hari ini saya terfikir..apa masalah sebenarnya..fikir-fikir punya terdetik cari kat internet…

Ya, betul 75% wanita yang mengandung akan mengalami masalah ini…maknanya, saya sekarang ini mengalami pedih hulu hati..

So, berikut adalah cara-cara mengatasi permasalahan ini..

  1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  2. Makan secara perlahan-lahan.
  3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
  8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

Source: Ratuhati

Kisah si mangga hijau dan……..

rojak buah….

Sedapnya makan buah yang masam bersama dengan rojak buah..

Yummy…

Sukar digambarkan…

Sangat sedap..hingga menjilat sudu tau..bukan tangan 😀

Thanks to akak Rohaiza menghadiahkan mangga ini..sangat sedap eh!..oh ya, saya tak makan makanan yang dijeruk..sejak mengandung Nuha lagi…kalau ada orang offer then baru makan…my mum kata kalau nak makan benda yang masam2 makan buah yang betul2 masam…so since kat sini, saya hanya makan apple hijau…makan manggani pun sebab dihadiahkan..kalau nak beli mahal seh! 😀

Oh ya…ummi suka makan…Nuha pun suka makan..seeeeeeeeeee……………