Senyum Kambing

Salam,

Pernah tengok tak kambing senyum camner? mestilah tak pernahkan…ini cuma perumpamaan yang seringkali kita gunakan bila sesuatu perkara yang mengundang kelucuan. Betul tak? So kenapa nak senyum kambing…nilah ni nak share one story..nopps two stories actually…

First story

Sebaik hubby dah relek-relek balik dari keje..saya tunjukkan gambar benda yang sangat dan nak beli ..ok biasalah perempuan kan..nak beli apa lagi…yang letak kat bahu tu..boleh letak benda-benda kat dalam tu…errrmmm boleh letak lipstick ke..make up ke..dompet…handset dah yang sewaktu dengan nyer…mesti boleh teka kan???? so here was the conversation between me and beloved hubby

Saya: yang, mana yang best…yang ni ke atau yang ini?

Hubby: yang ni ke nak beli?

Saya: aha yang inilah nak beli…the price not bad lah (malas nak tengok rege)…

Pastu tunjuk lagi yang satu punya version ngan hubby..

Hubby: ah ini macam ok skit…tapi napa nak beli beg camgitu..cam kulit sofa jer…

Saya:..ah sofa apa plak?

Hubby: alah sofa yang orang kaya beli tu..kan macam gitu design dia…

Oh terus saya fikir sofa yang ini. selamba jer hubby ku ini membuat penilaian….

Mesti tahukan beg apa yang dimaksudkan… 😀

Second story

Ni pulak sembang time malam..tengah tengok tennis…mata malam ni memang tahan ngantuk selalunyer selepas isyak dah tidooozzzz…

Hubby: uuuuuu mesti mahal jam nikan.. (sponsor iklan jam Rolex)

Saya: Memang ah…ni jam orang kaya..orang kaya jerk pakai jamni..kalau takde duit beribu-raban toksa mimpilah..

Hubby:..kalau kayapun memang tak nak beli sebab disaluti emas..

Saya: Iye ker..cuba karang kaya..mesti nak beli..ada duit lah katakan. skangni tak kaya memang tak ‘pandang’ ah..

Hubby: tak. nanti kaya nak beli jam G-shock jer…senang…murah…tahan lasak

Bila hubby dah kata macam tu SENYUM KAMBING jerlah…