Ais kerim lemak *tuttttt*

Sedapkan kalau makan icecream..tak kisahlah perisa apa. Strawberry, Cokelat, Vanilla..pokoknyer kalau Ice cream mesti nak makan jerkan. Lebih-lebih lagi yang ada jenama macam magnum, cadbury etc. Cerita pasal ice cream ni, tadi ada menonton macam mana nak buat ice cream.

Wah teruja jugak nak tengok orang buat ice cream. Selamani pernah juga tengok. Tapi tak pernah puas. Jadi kalini memang nak tengok betul-betul.

Pelik juga chef tu masak bacon dulu..ni bacon bukan chicken bacon tapi babi bacon…heranlah jugak. Apa kes chef tu masak bacon tu? Apa kaitannyer dengan ice cream?

Sekali……dia nak ambik lemak bacon tu buat ice cream..

Wuakkkkkkkkkkkkkkkkkk! rasa nak muntah saya. terus saya kata dengan hubby berhati-hati bila beli ice cream. Alhamdullilah, all this while beli ice cream yang soy lecithin. Bukan lemak binatang. Sebab bila dah tengok cetani barulah kita percayakan. Memang betul guna lemak binatang. Kalau lemak binatang lembu ke, kambing ker..best jugak..ini babi..lagipun walaupun lemak binatang like lembu or kambing, must ensure dah sembelih binatang tu..So sekarangni, kalau beli ice cream kena tengok kat ingredients dia..make sure HALAL. Kalau tak pun lemak dari tumbuhan. Oh ya lagi satu tidak terkandung arak. Sebab ada juga ice cream yang letak arak..like kalau kat sini Peters…

Ice cream jenama ni jer saya biasa beli..sebab guna soy lecithin..

Advertisements