small farewell lunch

Had farewell lunch for our beloved friend Nani who will fly to further study in Australia by February. This farewell lunch was actually proposed by NONO..so it’s actually last minutes plan. TO OUR Nani, best of luck. The journey in doing PhD is not as easy as what we thought and not so difficult if we know how to handle it. Again, all the best dude!

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Sahabat

Assalamualaikum,

Dah lama nak adakan this column khas for my friend Ummi Salwa (Hello Umie!). Asyik lupa ajer. So, saya nak wish to my best sahabat Umie Salwa…Tahniah, on her successful of thesis submission on June, 2011.

Umie dah lama kenal since study matriks kat UUM lagi.Satu kelas waktu matriks and dah treat macam family sendiri. Tak sangka ada rezeki jumpa kat Melbourne, sambung study sama-sama. Banyak bantu waktu pertama kali sampai kat sini. Bantu cleaned-up our home kat sini….arranged so many thingslah..from rumah sampailah tolong questionnaires distribution. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan cepat2 KONVO and kahwin..kalau konvo sama-sama lagi best ๐Ÿ™‚

 

12.07 am

Makin berkurang

Salam,

Dah nak masuk hujung tahunni ramai pulak kekawan yang dah balik Malaysia. Terasa sunyi. Dah lah kat sini memang sunyi (tempat saya tinggal). Nak dengar anak kecil nangis pun susah apatah lagi nak dengar/lihat kanak-kanak main kat luar. Memang sunyi. Yang belajar ni oklah lagi kan..sibuk..takde masa nak fikir tu semua..tapi kalau yang ikut belajar, contohnya suami/isteri ikut belajar lagilah rasa sunyi kalau kat rumah. Hubby hari tu kata, dia dah terasa sunyi bila kawan-kawan bujang dia dah balik Msia. sebab hubby selalu lepak dengan budak-budak bujangni. Lah ni bila mereka dah balik for good, dah takde kawan nak lawan PES…hehehehehehhe…kesian juga saya dengar rintihan tu. Tapi nak buat macam mana kan….Oh ya, sekarang tinggal 3 families jer kat sini..dulu ramailah jugak..but some of them dah pindah kat city ikut SV masing-masing.

Hari Jumaat tu, one of my friends dah selamat submit thesis..alhamdullilah (kat OZ takde VIVA). Dah back for good. Terasa syukur bila ada yang boleh back for good. It’s not easy kan. I had called her and had short chit-chat-ing with her. Dia kata syukur sangat dah hantar dan lepas dah beban yang selama ini dipikul..ermmm hanya orang yang study jer tahu apa ‘beban’ yang dimaksubkan…

Apapun Tasha..tahniah banyak-banyak…you deserve it!

 

With Tasha and family waktu kat Canberra hari tu..

 

Julie and Baby Dani

Selepas hantar my sis kat airport, kami bergegas berjumpa kawan saya Julie and Neezam. Lagi 5 days, they will be back home Malaysia…wah sedih. Julie and Neezam adalah antara kawan terawal yang saya kenal sewaktu mula2 sampai kat sini..they are very friendly and very generous. Neezam especially banyak membantu saya dalam methodology…sangat bersyukur berjumpa kawan2 yang sebegini..membantu dalam senang dan susah. Menghormati kawan dan yang paling penting mereka sangat menghargai erti persahabatan…

To Julie,

InsyaAllah, kita berjumpa lagi..and if datang kat sini on September jangan lupa datang Gippsland ek….Dan mendoakan yang terbaik untuk kalian sekeluarga ๐Ÿ˜€

Lepas berjumpa Julie and Neezam, terus bergegas ke rumah kak Siti pulak. Menziarah kelahiran anak sulung lelaki akak Siti. Saya tumpang gembira melihat akak Siti and family dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Moga bertambah ceria sekeluarga dengan kehadiran baby Dani.

Happy Birthday Camey!

Sebelum nak cerita lebih lanjut mengenai birthday Camey, saya nak menyampaikan rasa sedih saya dengan kemalangan melibatkan bas bertingkat Sani Express.

Saya sebenarnye dah beberapa kali menaiki bas Sani Express sewaktu menghadiri temuduga di Terengganu dua tahun yang lepas. Turun-naik dulu mesti naik bas Sani Express. Selesa, bas baru dan pemandu yang berhemah. Sedih jugak bila dengar kemalangan melibatkan bas Sani dua hari yang lepas. Kebetulan, saya berada di rumah kawan saya dan kawan saya menunjukkan berita kemalangan tersebut melalui buletin utama. Walaupun bas tersebut tidak terbalik atau melanggar kenderaan yang lain namun nyawa penumpang tetap melayang. SEDIH ๐Ÿ˜ฆ

Konklusi saya senang sahaja. Sikap pemandu kena diubah. Rata-rata pemandu di Malaysia terlalu bersikap agresif dijalan raya. Kelam-kabut nak sampai di tempat yang dituju. Dulu sikap sayapun begitu juga. Memandu terlalu laju dan kurang sabar. Tapi semenjak berada di Australia. Sikap saya yang dulunya agresif dah bertukar menjadi takut. Iya saya sangat takut memandu disini. Bukannya apa, walaupun sedikit kesalahan yang dilakukan tapi penalti yang dikenakan oleh pihak berkuasa disini sangat ‘mengerunkan’. Statistik kemalangan perayaan krismas tahun ini bagi seluruh Australia, hanya menunjukkan 48 (Prime News, 2009) kemalangan berlaku. Bagi saya nombor ini sangatlah kecil berbanding Malaysia yang angkanya beratus-ratus pada waktu perayaan. Namun, nombor yang kecil inipun membuatkan pihak berkuasa disini gelisah dan berazam untuk cuba mengurangkannya pada tahun hadapan. Saya bukan untuk memperkecil-kecilkan Malaysia. Tapi nombor ini sahaja jelas menunjukkan bagaimana sikap rakyat Malaysia berbanding sikap rakyat Australia di jalan raya. Kalau nak dibandingkan dengan infrastruktur jalan raya di sini, saya kira sama sahaja dengan dengan di Malaysia. Berturap dan selesa bagi pengguna jalan raya.

Bercerita pasal atitude pemandu ini, saya nak kongsi cerita ketika menaiki bas ganti dahulu. Ada satu minggutu, saya terpaksa menghadiri satu pertemuan dengan VC UMT dengan mana2 staff yang akan menyambung pelajaran di luar negara. Panggilan itu I considered as the last minute. Jadi, petangnyer selepas habis kerja saya bergegas ke stesen bus di PWTC untuk membeli tiket ke Terengganu. It was not my luck sebabnyer tiket bas semuanyer dah habis ke Terengganu. Tapi abang or akak kat kaunter tu recommend suruh beli tiket kat ‘ulat-ulat’ or orang yang diluar kaunter. I was like agreed and bought the ticket. At that time, orang kat kaunter tu kata bas sama sahaja cuma tiket kena beli kat luar. Bila dah sampai masa nak naik bas, alangkah terkejutnyer saya bila mendapati bas tersebut adalah bas yang serupa bas kilang. Hati saya dah gelisah. Mengenangkan esok harinya ada perjumpaan tersebut maka saya mengambil keputusan yang drastik untuk menaiki bas tersebut. Dalam perjalanan tersebut, saya terlelap. Tapi dalam sejam berikutnya, saya mendengar pertengkaran antara memandu bas dengan penumpang. Allah. Rupa-rupanya bas yang saya naiki tu, lampunya dengan mengalami kerosakkan. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana takutnya saya ketika itu. Agak lama jugak pertengakaran tersebut. Lagipun jalan highway dari KL ke Terengganu sangatlah gelap. Kurang pembangunan disitu dari segi infrastuktur jalan. Penumpang meminta pemandu berhenti ditengah jalan bagi menggelakkan daripada apa-apa yang berlaku. Namun pemandu tetap berdegil nak memandu. Ketika itu, penumpang yang marah tadi maju kehadapan menuju ke arah pemandu. Penumpang berterusan memarahi pemandu dan begitu juga penumpang yang lain. Demi Allah, ketika itu mulut saya tak berhenti membaca ayat kursi. Dengan izin Allah, saya berdiri dan memohon kepada pemandu tersebut dengan lembut supaya berhenti dengan alasan, penumpang ini masih berkeluarga dan minta jangan berlaku apa-apa ke atas kami semua. Alhamdullilah, dengan izinNya pemandu tersebut berhenti ditengah jalan. Dan kami semua berusaha membantu pemandu tersebut dengan masalah bas itu. Alhamdullilah, dengan izin Allah, ada satu bas express yang sudi membantu kami dengan menge-lead dan kami mengikut bas tersebut dari belakang menghala ke toll berdekatan pahang (dah lupa nama toll tersebut). Alhamdullilah, kami selamat sampai ke toll bersebut dengan bantuan lampu dari bas tersebut. Saya pula mengambil inisiatif menumpang kenderaan yang lain. Ketika itu takut sudah tidak ada erti, Allah memberi sedikit keberanian yang bagi saya sudah cukup membuatkan saya lebih bersyukur kepadaNya.

Alrite, bebalik kepada entry asal, last Sunday saya menghadiri party birthday one of my friends kat Clayton. It was third year old birthday for Camey (Camelia). Meriah sesangat dengan ramai kenalan yang lain turut menghadiri.Yang bestnyer tu ada clown datang, siap nari Limbo lagi ๐Ÿ˜€

Apapun selamat harijadi Camey, moga panjang umur dan murah rezeki. Amin

MySay: Nuha dah minum fresh milk dan tido tanpa dummy lagi

Boxing Day

Oh harini Boxing Day. Boxing Day sinonim dengan barang-barang yang dijual dishopping complex pada harga yang murah. Tahunni saya tak kemana-mana seperti 2 tahun sebelum untuk ‘meraihkan’ Boxing Day. Cuma membeli barang keperluan dapur dan hadiah untuk anak kawan saya. Lepas tu lepak dirumah sahaja. Tak ada benda sangat yang nak dibeli.

Pada siapa yang baru untuk menikmati Boxing Day, mesti merasa gembira kerana harga yang ditawarkan sangat murah. Pada siapa yang sudah merasa boxing day, seperti saya, harga sama sahaja.ย  Kenikmatan itu berbeza-beza pada setiap orang.

Last day, sempena public holiday Christmas, keluarga kecil disini berBBQ. Rasa dah lama tak berBBQ. Bila dah berkumpul apalagi kalau agenda bukan makan-makan. hehehehehehe..seronok. Alrite, so that day, we had BBQ some foods like seafoods, lamb, beef, hotdogs and chicken.Yang peliknyer kat sini, time Christmas tu sangatlah sunyi sepi. Macam takde orang. Kalau raya kat Malaysia, jangan ceritalah kan. Mana-mana meriah. Bandar besar, bandar kecil, kampung, hulu kampung semuanya berkumpul dengan sanak-saudari. Lagu raya berkumandang sana-sini. Oh alangkah bestnyer moment tu.

I made mashed potato too. Unfortunately, I forgot to snap picture. Well, when it comes to eating everything will be easy to loss and forget. Kat otak tu ingat makan jer kan…tengokni semua muka tak sabar nak makan ๐Ÿ˜€ Lagi pulak, hari hujan, lagilah semua macam tak sabar nak makan ngeh, ngeh, ngeh ๐Ÿ˜›

Ok, sambung lagi ceta next time. Ingat nak buat entry tang cupcakes tapi macam malas pulak. So next timelah ek. Meet again and have a great weekends. Oh ya, tak lama lagi new year so what’s your 2010 resolution?