Ketika Cinta Bertasbih

Seronok saya dan hubby menonton cerita ketika cinta bertasbih1 & 2. Tetiba teringat zaman cintan-cintun waktu di universiti 😀

Bagi saya, jalan cerita filem ini sangat menarik dan dibarisi pelakon yang berbakat. Saya kira penulis cerita ini, Habiburahman, patut diberi penghargaan dalam melahirkan cerita yang mencerminkan dan memaparkan ciri-ciri keislaman. Sepanjang menonton cerita ini, tiada satupun adegan yang kurang manis dipaparkan. Malah, syukur, semua pendukung cerita ini memakai tudung (kecuali watak Eliana, namun telah mengenakan tudung pada KCB 2). Maka, tidak ralat filem sebegini perlu dihasilkan lebih banyak. Oleh yang demikian, saya kira filem ini saya boleh katakan sebagai perintis kepada usaha kearah filem Islamik. Tahniah!

Filem yang sebelum ini yang ditulis oleh Habiburahman juga sangat menarik, Ayat-ayat cinta. Ternyata filem cinta berlandaskan Islam juga boleh dingkat dan diletakkan sebaris dengan filem-filem cinta yang lain. Kita patut berbangga, ada juga hamba Allah yang mampu menghasilkan filem cerita sebegini. Seharusnya kita perlu menyokong serta menghebahkan betapa menariknya filem ini kepada masyarakat.

Advertisements