Experiencing life's beautyness

A documentation of my life

Category: Nuha

Ummi sayang anak-anak ummi

Airmata menitis setiap kali membaca kisah adik Faris. Saya mula ‘mengenali’ arwah adik Faris sebaik membaca status kawan saya. Saya nak mengetahui lebih lanjut arwah adik Faris ketika itu dan ketika itulah saya diblog ini. Sebaik membaca kesemua kisah yang dipaparkan oleh blog tersebut. Air mata keluar tak putus-putus. Dan dalam masa yang masa teringat kat anak-anak, Nuha and Kafeel. Bagaimanalah sekirannya ini yang berlaku kepada saya (nauzubillah) tak tertanggung rasa. Teringat fiman Allah s.w.t iaitu Dia akan menguji sesuatu itu mengikut beban seseorang.Pernah sewaktu Kafeel dulu dimasukkan ward akibat Jaundice. Waktu itu, kafeel baru 4 hari keluar dari hospital. Ketika di hospital, paediatric doctors mengambil darah Kafeel untuk dianalisis. Nak di jadikan cerita, sample darah di kaki terlalu pekak untuk dianalisis, so doktor mengambil keputusan untuk mendapatkan darah Kafeel melalui tangan dia. Bayangkan ketika itu doktor mencari-cari urat kafeel. Cucuk sana sini nak dapatkan sampel…Tak dapat-dapat. Dalam masa yang sama Kafeel menraung menjerit…mungkin menangis menahan sakit. 2/3 kali cuba tak dapat nak track salur darah Kafeel. Bila dah dengar Kafeel nangis, apa lagi sayapun menangis sama. Deras airmata saya keluar dan saya sedikit meraung. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk bawa Kafeel balik disebabkan emak saya marah saya and nasihatkan saya guna method traditional hilangkan Jaundice Kafeel.

Itu kisah Kafeel, yang saya fikir cuma 0.0005% daripada kesakitan yang ditanggung oleh arwah adik Faris. Bagaimana pula arwah yang ketika menjalani rawatan. Mungkin lebih sakit berbanding Kafeel.

Ketika membaca kisah arwah Faris disini pula dan nasihat yang diberikan cukup menginsafkan saya iaitu:

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that. (kadangkala itu, marah jugak..tapi sekarang ini sedaya upaya entertain anak-anak ummi)
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.(Insyaallah..mana yang dirasa reasonable and affordable mungkin akan dipertimbangkan.Kita tidak boleh menggunakan alasan ini semata-mata untuk menggembirakan anak, takut-takut mereka terlebih ‘nakal’)
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.(Alhamdullilah, setakat ini telah buat yang terbaik)
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active. (Sekarang ini tengah praktik, alhamdullilah anak-anak ummi tidaklah senakal mana, malah bersyukur mereka mendengar kata..cuma kadangkala suka merengek.. :) )
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats. (alhmdullilah, dah lama paktikkan)

Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.

Apapun, kita jadilah parents yang terbaik untuk anak-anak kita. Mana mungkin kita parents sanggup melihat anak-anak kita menangis tanpa sebab. Dan Al-fatihah untuk arwah.

Anak-anak ummi yang ummi sangat sayangi

Nuha and Kafeel milestones

Assalammualaikum,

Dah lama tak update cerita of Nuha and Kafeel. So, since dah free sikit and have some times to download pictures from the phone (camera milik sendiri dah takde, so ambik gambar using phone jer lah). Lagipun my mum a few times keep reminding me to upload gambar cucu dia kat sini..rindu katanya :) so, let’s we see what are some milestones of Nuha and Kafeel for the last 3 months (3 months, phewww! now I realised that both my children are grown up). Seronok jadik anak kecil kan, nenek semua rindu…mak and bapak dia taklah pulak nenek-nenek rindu :)


Kafeel tunggu turn nak kena inject for second immunisation


Ini berat Kafeel untuk 3 months yang lepas


Walid and Nuha. Now, bila dah nak tido Nuha mesti asks walid to read a story for her.. :)


Inilah pengaruhi Mister Marker kat Nuha…lukis gambar shapes..siap nyanyi lagi: “lalala..I am a shape(pelat2)” sapa yang pernah nonton ceta tu mesti tahu..


Skang dah pandai guling2…and dah start eating solid foods


Hari tu demam satu hari, apa yang saya perasan bila bagi breastfeed, Kafeel baruni sakit..berbanding Nuha dulu kerap jugak dia sakit


Pengubat hati ummi dan walid :) love them both

Selamat Ulang Tahun Nuha

Happy birthday Nuha
Moga menjadi anak Solehah
Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Ummi and Walid love Nuha so much…

Nuha and Potty-training

Sungguh tak sangka..amatlah mencabar untuk mem-potty-training anak kecil. Saya kurang pasti anak kecil yang lain, tapi untuk Nuha sangatlah mencabar. Kiranya, hari ini dah masuk lima hari hubby melatih Nuha untuk potty. Malangnya, belum ada lagi tanda-tanda Nuha nak potty sendiri..maksubnyer tak nak pakai nappy. Nasib baik Hubby cuti kerja sekarang ini adalah masa dia nak monitoring Nuha. Kalau saya, agak-agaknyer mesti Nuha asyik wee-wee jer kat seluar.

Hari pertama, hinggalah hari ini bila hubby bawa Nuha kat toilet mesti Nuha nangis kuat-kuat. Kurang pasti kenapa. Mungkin Nuha geli kut nak duduk kat ‘toilet’ dia atau memang dia tak ready lagi nak guna ‘toilet’. Nuha sebenarnyer dah besar dah, umur 2 1/2 tahun dan rasa dah sesuai sangat Nuha untuk tidak memakai nappy. Saya teringat mak saya kata yang saya dah tak pakai nappy waktu umur 1 1/2 tahun. Wah saya fikir, macam mana saya boleh tak nak pakai nappy ek….mak saya kata, setiap kali saya bangun tido, perkara pertama yang dia buat ialah terus bawak saya ke ‘tampui’…mak saya kata lagi sometimes, saya memang tak nak ikut cakap tapi bila mak saya dah marah, saya ikut jer. Tapi berbeza pulak dengan Nuha.

Yang kesiannyer hubbylah..nasib baik ada kesabaran yang tinggi. Saya pula dok membebel kat Nuha..sometimes tu bagi semangat kat dia…contohnya “good girl” – kalau dia nak pi toilet..or “Nuha dah besar, dah tak boleh pakai pampers”…or “Nuha tak lama lagi ada adik”….Ada beberapa kali gak dia ter wee-wee…nasib baik skang musim summer..basuh pagi, petang dah kering..kalau waktu winter…alamat….(sendiri jawablah :) )

Apapun seronok tengok Nuha belajar potty…Oh ya yang paling mengharukan..petang jer Nuha mesti tido…penat kut hubby sentiasa ajak pi toilet..apa taknya….setiap 30 minit mesti ke toilet :)

Mum, Ice Cream

Anak-anak senang dipengaruhi oleh apa yang dilihat kan?

Macam-macam yang boleh mereka belajar dari apa yang mereka tengok dari tingkah laku kita (ibubapa mereka), rakan-rakan dan persekitaran. Apa yang nak share hari ini adalah apa yang Nuha belajar selamanya ini yang mungkin dari observation dia daripada persekitaran.

Balik Malaysia hari tu, dengan duit raya yang diberi saudara mara, saya membelikan Nuha DVD Dora the explorer. Saya kurang pasti apa tajuk yang tertera, tapi lebih kepada pengembaraan Dora pada musim panas. Dari hari pertama saya pasangkan DVD tu sehinggalah balik ke sini…satu perkataan yang telah dia belajar…nak tahu apa dia…

ICE CREAM…

Kat Malaysia, sebelum saya tahu dimana punca dia tahu perkataan tu, hari-hari dia minta Ice Cream. Ermm terfikir saya, macam mana dia tahu that word!

Selidik punya selidik, dia belajar dari Dora. Kat DVD Dora tu, perkataan tu banyak kali diulang. Dora suka kata:

I scream for Ice Cream..

I scream for Ice Cream..

Now, I know where actually she learns that word.

Sekarang ini, kalau nampak McD or sign of McD, mesti Nuha sebut, Ice Cream. So, kat Malaysia hari tu, kalau kami dah nampak McD mesti kami mengelak dari mendekati McD. Sebab nampak McD pun mesti sebut Ice Cream. Pun masih bertanda-tanya mana pulak Nuha tahu McD ada jual Ice Cream. Sampai sekarang belum ada jawapan lagi :)

Ok that’s story about Ice Cream..

Another word yang dia asyik guna sekarang ialah MUM..

She’s not calling me anymore with UMMI, instead MUM..

Saya berfikir lagi, mana pula dia belajar perkataan ini..

Now I know the answer. She learns from a cartoon series that is Arthur which is showing on ABC2 (TV kat Australia).. :) even walid dia pun dia panggil mum..pening kami berdua.

So, the lesson that I learned is that it is easy for our children to learn something from his/her surroundings. The influence they get is easily influenced them to be who they are, what they do and what they say. That’s why as parents it is utmost for us to observe and monitor what they learn from their surroundings. What’s good for them that fine but what if it’s bad for them? Something to ponder.

Salam,

p/s: botol susu Nuha dah hilang entah kat mana..tanya dia where’s your bottle? she went somewhere to find the bottle but get back without anything on her hand. My oh My Nuha…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.