Assalamualaikum w.b.t,
Lamanyer tak bersiaran sejak berangkat balik kat Malaysia.
Seronok balik kat Malaysia sampai tak sempat nak tulis-tulis kat blog ini..
Oh! lagipun bukan jer alasannyer malas tapi disebabkan oleh internet connetion yang sangat limited. Sebaik tiba kat Malaysia hubby beli Celcom broadband dengan harga yang murah. Kalau tak silap rege dia tak sampai pun RM50. Malam tu sebaik hubby beli Celcom broadband hati dah berbunga-bunga nak update itu and ini. Tak Ya ampun..lain pulak jadi yer. Bayangkan nak login facebook it took about an hour …lama tu nak tunggu…so bila dah macam tu nafsu nak buat itu and ini melalui internet semua terbantut.
Seminggu juga nak hubby survey internet line yang lain…pilih mana yang terbaik.Enough said, kalau nak guna internet broadband yang coverage meluas dan murah memang susah nak cari. Tapi itu sahaja pilihan yang ada. Nak apply untuk home line, duduk kat Malaysia sebulan jerk. So, at last, beli juga Digi Broadband internet. Nasib baiklah cepat jugak. Oh ya yang ini kena buat contract dengan Digi. Not bad…cumanyer nak upload gambar sometimes took about hours jugak. Jadik bila back for good nanti, saya nak guna Streamix (betul ker ek)…itu ceta kat Johor. Bila balik Sabah pulak, home line internet tu ada tapinyer dah berbulan2 tak guna sebab bila siang hari jerk..takde orang kat umah…bila nak use kat lappy, tanya adik password, dia pulak lupa sebab dah lama tak guna…tapi still bayar bill…sabor jer…so, finally..duk diam2 jerlah kat umah..hehehehehhehe..tengok TV or jalan2 kat mana-mana.
Ok..ok..enough update pasal internet..now nak ceta pasal aktiviti kat Malaysia dalam sebulan…
Week 1&2: Dua minggu duduk kat JB..dalam 2 mingguni asyik beli makanan jerk kat luar. Sebaik tiba kat JB…terus beli buah-buahan tempatan..beli langsat and jambu air…wah sedapnyer..yang lagi best tu dapat merasai cuaca panas kat Malaysia..lagi best…dah berbulan2 kena cuaca sejuk jer kan…balik Msia rasa panas..seronok sangat
…oh ya..sempat beli durian…cumanyer durian tu taklah umppp sangat…tapi takpelah yang penting dah merasa….lagipun masa sampai Msia tu dah tak musim durian…apa yang nampak beli jerlah..itupun bersyukur dapat makan kan…and then jalan2 kat mana tempat yang best kat JB.

sempat mengunjungi rumah Marlina, sama-sama belajar kat Melbourne..dia pun balik raya

Yummy..yummy..makan breakfast

Makan durian

Nuha with her cousins…at JB
Week 3: Balik Sabah…yeeeeaaaahhhh! best balik Sabah..rindu kat rumah….balik2 rumah dah banyak perubahan…renovate sana-sini…sebabnyer by next year..insyaAllah, mak and ayah saya terima menantu…jadiknyer kena cantikkan rumah skit…oh ya!..yang bestnyer skangni..kat umah dah ada 5 bilik…so kalau semua dah kawen..balik rumah nak beraya takyah nak berebut nak duduk bilik mana satu…satu minggu kat Sabah memang tak cukup..actually nak balik 2 minggu..but minggu yang satu lagii tu parents saya turun KL…sempat jugaklah my parents jumpa in-laws…esp…MIL yang nak pergi haji….

Kat konvekesyen UMS

Nuha with her new haircut…tok mummy potongkan

At my aunty’s house..with cousins Flicka and Neo

with future bro in-laws



My parents visiting MIL’s house at JB
Week 4: Timeni memang sibuk sangat..sibuk nak prepare beli itu n ini nak bawa balik Melbourne…hhehehehhehehe…satu hari jalan tak cukup..sebabnyer bila pegi sini nak beli ini..bila pegi sana..nak beli itu..last, apa yang nak dibelitu tak beli tu…boleh tak?…tapi benda2 yang penting, memang belillah…lepastu last day tidu kat Putrajaya…sebab dekat skit nak pegi LCCT…Malam on 25th tu..fly balik Melbourne…

Send MIL at the airport Senai, departing to Hajj
Like this:
Be the first to like this post.