Happy Birthday Kafeel

by falindah

Mencuri-curi masa untuk mencoret di sini. Sudah lama tidak melakukan aktiviti ini. Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja kerja yang perlu dilaksanakan dan menunggu masa untuk disemak. Jadual harian sebagai ibu dan pekerja sebenarnya amat memenatkan. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan anak-anak yang semakin membesar. Banyak karenah mereka yang kita perlu layan. Kalau anak-anak sakit, lagilah lebih masa yang perlu diperuntukkan untuk mereka. Namun, alhamdullilah, Allah tak menguji lagi saya dengan penyakit demam atau selsema. Syukur. Mungkin Allah tahu mana mungkin saya dapat nak ‘handle’ semua dalam satu masa. Syukur yang itu. Teringat dulu waktu sambung belajar, selama 3 tahun lebih, Allah tidak menguji saya dengan apa-apa penyakit. Tapi sebaik sahaja saya selesai pengajian, Allah beri sakit (demam) yang teruk. Mungkin Allah nak bagi saya peluang untuk berehat.

Alhamdullilah, bulan ini Kafeel dah setahun. Kalau diikutkan memang nak ‘celebrate’ birthday Kafeel, namun sebaliknya pada hari jadi Kafeel yang setahun, dia muntah-muntah dan cirit-birit. Kesian anak ummi. Apapun, ummi, walid n kak Nuha ucapkan selamat ulangtahun. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Mudah-mudahan anak ummi membesar jadi anak-anak yang baik, soleh dan sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik.


Kafeel di ward kecemasan UMT